tetapi adakah hidupku ini dipandu ke jalan yg diredhainya..jalan yg lurus disisinya??
YA ALLAH..berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dlm menempuhi ranjau hidup ini..
lindungilah kedua ibu bapa ku,adik-adikku,kaum keluargaku,dan orang2 yg aku sayangi..
berikanlah rahmatmu,,agar aku tidak terpesong ke jalan yang gelap...tunjukkanlah aku jalan yang diredhaimu..
sesungguhnya..aku hamba mu yg sungguh kerdil dlm menuntut ilmu agama mu...
YA ALLAH..kaulah yang lagi maha pengampun dan LAGI maha mengasihani..
KELUARGA...sesungguhnya kasih sayang dan cinta keluarga la yg membahagiakanku
Ayah dan IBU..kaulah insan yang memberikan kami segala keperluan yang dikehendaki oleh kami..
tidak pernah KENAL ERTI jemu dan putus asa mencari rezeki untuk kami...
sejak dari kami lahir lagi..kau berusaha memberi kesenangan tuk kami..alhamdullilah..
kerana kami dikurniakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan berilmu dlm mendidik anak2nya..
aku tak kan lupa kenangan pahit yg melanda hidup kami sekeluarga..dimana semuanya hilang sekelip mata..
kuasa tuhan itu sgt besar..dia la yg memberi rezeki dan dia la juga yg menarik rezeki itu..
tetapi dari situ la..kami mula sedar..duit,harta di dunia ini tak kemana..dlm mencari kesenangan duniawi ini..kami alpa dalam menuntut ilmu agama mu YA ALLAH..
semenjak itu,kami cuba bangkit semula..alhamdullilah..walaupun hidup kami tak semewah dulu..tetapi kesederhanaan itulah yang dicari..alhamdullilah..ayah masih lagi mampu memberikan yang terbaik untuk kami...aku tak sanggup melihat air mata ibu dan ayah tumpah ke bumi ini..dalam usia yang sudah tua...mereka masih lagi memerah keringat utk kami..cukup sekali..kenangan pahit itu terjadi..
aku bersyukur dgn kehidupan sekarang ini..terima kasih YA ALLAH..kerana memberi kami peluang lagi dlm menuntut ilmu mu..
bukan itu sahaja,ayah dan ibu juga amat mengambil berat dalam pelajaran dan kehidupan kami...
mereka bagaikan kawan untuk anak-anaknya..semuanya..ayah yang sediakan..kadang-kadang kami tak pandai nak berdikari...cuma bila dh besar ini..barulah aku belajar hidup berdikari..terima kasih atas segala pengorbananmu ibu dan ayah..:(..aku amat menyayangi mereka..
YA ALLAH..kau permudahkan la aku dlm mengharungi tahun akhir ini..permudahkan lah aku dlm menjawab peperiksaan akhir utk mendapatkan lesen kejururawatan..terangkanlah hatiku ini...amin~
jururawat??dulu masa sekolah, aku selalu ckp..aku plg tak suka nak jadi nurse..kena cuci najis orang,jaga orng sakit..leceh la...
tetapi..semenjak aku menjadi jururawat pelatih ini.aku mula sedar...kerja ini sgt mulia..itupun kalau kita lakukannya dgn ikhlas...tak kesah la..orang ckp..tangan aku ini pegang taik la,,darah laa...aku tak peduli lagi dah...yang penting aku melakukan kerja ku..kerana ini adalah tanggungjawabku..TAK semua orang boleh buat apa yang kami buat...mcm2 kes dah aku jumpe kat hospital..dimana..ahli keluarga sendiri,,anak sendiri tidak mampu hendak mnjaga kedua ibu bapa mereka..ada juga yang jijik dgn najis ibu bapa mereka sendiri..nak suap makan pun suruh nurse yang buat..ermm..tapi mmg tak semua orng mcm itu..
Ya ALLAH..sucikan lah hatiku ini..kuatkanlah pedoman ku ini untuk menjadi seorang jururawat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya..amin~
YA ALLAH..berikan la nur mu itu untuk aku menjadi anak yg solehah..biar satu masa kelak..aku sendiri boleh menjaga kedua ibu bapaku,,sehingga akhir hayatnya..berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik..amin~
JIKA cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.INSYAALLAH..amin~
No comments:
Post a Comment