Tuesday, December 6, 2011

~AndAiNyA LeLaKi TaHu~

Andainya lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan..
ada naluri untuk disayangi..
ada rasa untuk diberi..
PERHATIAN,
ada rasa untuk didengari keluh..
kesahnya..
ada waktu-waktu minta ditemani..
KESEDIHANNYA

Andainya lelaki tahu..
rajuk seorang..
perempuan minta dipujuk..
marah seorang perempuan perlu didekati..
SEDIH sorang perempuan..
harus didengari..
GEMBIRA seorang perempuan..
ingin dikongsi.

Andainya lelaki tahu..
disebalik seribu..
satu rasa itu...
ada sekeping hati..
nan LEMBUT

Bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk..
ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit...
PERHATIAN,
agar rasa kasih itu..
terasa WUJUD,
walau disaat yang jauh.

Kerana andai lelaki tahu..
hati ini akan sentiasa..
BERTANYA.
pada diri seorang..
PEREMPUAN.
wujudkah cinta itu..
dihati LELAKI??
bila disaat jauh...
tanpa perkhabaran.

Sayangilah seseorang itu atas..
 dasar siapa diri mereka sekarang..
bukan atas dasar siapa dirinya..
sebelum ini,
cintailah seseorang itu kerana..
HATINYA,
tetapi bukan paras rupa..
semata-mata.





No comments:

Post a Comment