Thursday, July 12, 2012

“Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan"


SALAM 1 MALAYSIA J

Sudah lama rasanya saya tidak menulis, tetapi hari ini hati saya berdetik lagi untuk menceritakan apa yang terjadi di sekeliling saya, apa yang akan saya ceritakan ini hanyalah satu luahan sahaja.
Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan"
Saya ingin kan keamanan dan kesejahteraan dalam Negara "Negara Aman , Rakyat Sejahtera" J

Marilah kita pupukkan semangat sayangkan Negara di dalam diri kita.Para ibu bapa haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan jiwa anak-anak mereka.Anak-anak muda pada era ini ramai yang tidak memahami erti sejarah Negara kita,mereka semua perlu tahu bagaima pejuang-pejuang tanah air BERJUANG mendapatkan kemerdekaan untuk kita nikmati sehingga sekarang ini.Mereka perlu tahu apa itu ertinya kepayahan dan kesusahan mempertahankan keamanan Negara ini.Kita patut bersyukur dengan apa yang Negara kita kecapi sekarang,bukannya terpengaruh dengan anasir-anasir negatif, Jangan diulangi lagi kejadian “13 MEI”.

Ada segelintir daripada kita hanya inginkan kesenangan sahaja tanpa berusaha. Bermulanya dari situ lah mereka mula menyalahkan atau menuding jari kepada pihak tertentu.Malah ada yang ingin menjatuhkan sesama sendiri atau teman seperjuangan. Sepatutnya kita berganding bahu dalam membangunkan dan memepertahan keamanan Negara ini.

Bayangkan bila tak ada kerja ada segelintir daripada kita datang ke pusat-pusat perkhidmatan rakyat untuk meminta bantuan,ada yang company tak bayar gaji pun minta duit,ada yang ingin pergi ke klinik datang minta duit teksi,ada yang datang untuk minta tolong belikn pampers  dan susu anak sedangkan mereka ini semua masih lagi mampu mencari rezeki melainkan orang-orang yang betul susah. Bukan itu sahaja,anak orang senang,tapi datang ke pusat perkhidmatan rakyat semata-mata minta bantuan belikan kerusi roda, saya pelik la dengan orang yang macam ini duit ada tetapi nak belikan ibu bapa kerusi roda pun tak mampu, apa yang mereka minta kerajaan bantu.Tetapi apabila pihak berkuasa tak menunaikan apa yang diingini mula la menyalahkan pihak tertentu. Cuba kita renung dalam diri kita dahulu sebelum menyalahkan pihak lain. “Adakah kita berusaha?”
Bukan semua yang dirancang oleh pihak berkuasa berjalan dengan baik… masing-masing ada kelemahan tetapi apa yang dirancangkan adalah untuk Negara ini. Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.

Sepatutnya kita sebagai rakyat bersatu pada tidak kira bangsa, bukannya memporak perandakan keamanan yang Negara kita kecapi sekarang.Jangan mudah percaya dengan anasir-anasir negative,fikir dahulu sebelum bertindak.Apabila berlakunya kekecohan didalam negara atau ketidakstabilan,pihak-pihak luar akan mula memandang kelemahan negara kita ini.Jangan sampai satu hari nanti Negara kita ini dijajah semula, RENUNG-RENUNGKANLAH.

SALAM PERPADUAN


No comments:

Post a Comment