Wednesday, December 26, 2012

Selamat tinggal 2012

Waktu itu bagaikan pedang,
Jika kau tidak potong,maka ia(WAKTU) akan memotongmu,
Penyesalan besar dalam hidup ini ialah risiko yg kita tidak ambil

Jika anda merasakan sesuatu itu membuatkan anda bahagia,maka teruskan,
Ingatlah bahawa kita tidak akan melalui ini semua hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua..

Andai hidup punca perpisahan,biarlah mati menyambungnya semula,
Namun seandainya mati punca perpisahan,biarlah hidup ini membawa erti yg nyata
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yg pernah melukai kita
Tetapi dgn hanya memberi kemaafan yg ikhlas sahajalah,kita akan dapat mengubati hati yg terluka

Jangan berputus-asa dlm mencari ilmu,bila ilmu yg dicari itu tidak dapat masuk ke sanubari
tetapi bersabarlah kerana air yg lembut iu menitis ke atas sebiji batu yg besar secara berterusan,
batu itu pasti akan mempunyai lekuk..

Hidup ini umpama roda..kita yang memutarkannya..kita yng menetukan arahnya..
percaya pada diri bahawasanya dgn usaha dan doa nescaya Allah akan menunjukkan jln yng terbaik untuk kita,hanya cepat dan lambat sahaja yang membezakannya..
Allah tidak pernah menyusahkan hambanya..dugaan yang dtg akan lagi membuatkan kita menjadi insan yang kuat..dia tidak akan bagi kalau kita tak dapat mengharunginya

 Senyumlah wahai hati,percaya pada hati ini
bukakan pintu hati untuk bahagia yang bakal dikecapi nanti
tinggalkan sahaja kenangan yang menggamit perasaan
setiap manusia berhak mendapat kebahagiaan



2012 biarlah ianya menjadi kenangan,biarpun ade yg gembira dan duka..i'll still try the best n think positive
2013 tanamkan azam..berusaha mencapai apa yg dihajati..2013 pls be nice to me..aminnn

Friday, December 21, 2012

The One I'hve Loved Before


the one who's give me inspired
the one who's give me a loved
the one who's give me a strength
the one who's give me a hope
the one to guide me the journey of life..
the one that always guide and remember me about ALLAH n ISLAM..
the one that changed my life
the one that i've always been there for him
the first one that i've introduced to my family

but the one that i loved broke my heart at the end..
the one that leave me to another gurl who's richer than me and choosen to marry..
the one that leave me after i can't help him to solve his prob..
the one that only using me for granted

http://www.youtube.com/watch?v=NTm---2STWo



Sunday, December 16, 2012

REDHAI KETULUSAN HATI

ASKM..sudah lama rasanya tak update blog ini..tak tahu pe yg dah jadi di blog ini..
bila lama dh tak menulis..rasanya tak tahu nak buat ayat apa.:p
tpi sejak kebelakangan ini..hati ini sering resah..kosong rasanya..mcm ade sesuatu yg xlengkap dlm diri ini..

Sudah 5 bulan tamat pengajian..tpi msih lagi tak ada kerja..kepala ni dh runsing..tpi betul kata pepatah..'TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI,TUAH MANUSIA TIADA SIAPA YANG TAHU'..tak taw betul ke tak pepatah ni..hihi..masa stdy dlu..very competetive..igin menjadi top student..alhamdullila apa yg sy nak..sy dpt..result ..alhamdullila..tp bila masuk bidang kerjaya..rezeki belum ade lgi..insyaALLAH..amiinnn..:)

Sekarang ni tak de la tanam anggur..aku kerje sementara..ikut ayah..dpat la duit poket..boley simpan..:)
orang2 kat opis tu semua baik..satu pengalaman yg ak belajar..byk benda yg mendewasakan aku..mmg de cita2 nak jdi MENTERI WANITA PEMBANGUNAN DAN KELUARGA..lgi skola dlu..xtaw npe aku mempunyai satu perasaan yang betul2..ingin membela nasib wanita di Malaysia ini..hopefully..kerja ku dipermudahkan oleh NYA..aminnn

CINTA??
mcam itu la juga.. bila kita ikhlas kawan dgn seseorang..kita plak yg dipermainkan.. bak kata pepatah"DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER"..tak semestinya orang yng kita lihat perwatakan dia baik..hatinya baik juga..dan tak semestinya orang yang kita lihat luarannya jahat,,hati dia tak baik.. susah nak tafsir orang..masing2 de perwatakan yg berlainan..past is past..pe yang berlaku pada masa lampau seseorang itu..tak kira la baik atau burok..itu adalah masa lampau dia..yang penting kehidupan sekarang..
kerana kita pun bukan la insan yang sempurna
hidup ini sunyi..tp kawan2 n keluarga yang boley isi kekosongan itu..n yang penting YANG MAHA ESA..

Hati ini rsa sakit bila selalu dipergunakan.. tpi ak hanay mencari yang boley menerima aku seadanya,yang boley jaga,yg faham n yang penting boley bimbing aku n bertanggujawab..banyak dh lelaki gunakan aku..pasal duit?? lelaki yg guna duit aku..sbb ak ni xrety nak ckp TAK..baik sgt kot..org syik pijak..percaya bulat2 kata lelaki..aku tak reti nak guna duit lelaki..tp orng slalu ckp aku bodoh..xkesah la..lantakla idup aku..act aku tak pernah rasa diri ini dihargai..aku berharap one day..i could meet someone yg boley jaga dri ini,,smeone yang boley care pasal dri ini..someone yang tak menggunakan diri ini tuk mengambil kesempatan..JODOH ITU MILIKNYA..KITA HANYA MAMPU BERUSAHA,BERDOA,BERTAWAKAL..KLU DIA YANG DITETAPKAN UNTUK KITA..PERGI LA JAUH MANA..TERPISAH LA JAUH MANA..DIA AKAN KEMBALI UNTUK KITA JUGA


APABILA YANG TERBAIK MENINGGALKAN KITA,
INSYAALLAH AKAN ADA YANG LEBIH BAIK

BELAJARLA MENJADI INSAN YANG REDHA,
DALAM MENGHARUNGI UJIAN YANG TIBA,
CUBA MENJADI BAHAGIA WALAU KADANG-KADANG DUKA,
KERNA KITA TAHU ADA CINTANYA,
BERSAMA UJIAN YANG KITA RASA

Tuesday, August 28, 2012

Riang Ria Raya ^_^

Alhamdullilah,berakhir sudah ramadhan..smg kita jumpa lagi Ramadhan tahun depan..insyaAllah ~Aminnn~
Bulan Ramadhan tAHUN ini byk mengajar aku erti pengorbanan dan ketabahan dlm menghadapi dugaanMU..sesungguhnya aku hambaMU yang kerdil..Ya Allah kau lindungilah keluargaku,berikan kami kesihatan yang baik,panjangkan umur ibu,ayah dan ahli keluargaku..rahmatilah kehidupan kami..aminnn~
Ya Allah kau kuatkanlah semanagt ibu ku,sembuhkan la dia dari segala penyakit,kau berikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ayahku..rahmati aku dlm mencapai cita-cita ku..aminnnnn~~~
Raya tahun ni..buat pertama kali di pagi raya kami sekeluaga sempat bermaaf maafan di rumah kami, selepas itu baru kami bergerak ke rumah nenek..tahun2 sebelum ni mlm raya mesti bersama nenek n sanak saudara,tpi tahun ni kami beraya bersama keluarga dulu :) n mcm biasa open house di rumah kami pada raya ke 2 ^_^














Thursday, July 12, 2012

“Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan"


SALAM 1 MALAYSIA J

Sudah lama rasanya saya tidak menulis, tetapi hari ini hati saya berdetik lagi untuk menceritakan apa yang terjadi di sekeliling saya, apa yang akan saya ceritakan ini hanyalah satu luahan sahaja.
Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan"
Saya ingin kan keamanan dan kesejahteraan dalam Negara "Negara Aman , Rakyat Sejahtera" J

Marilah kita pupukkan semangat sayangkan Negara di dalam diri kita.Para ibu bapa haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan jiwa anak-anak mereka.Anak-anak muda pada era ini ramai yang tidak memahami erti sejarah Negara kita,mereka semua perlu tahu bagaima pejuang-pejuang tanah air BERJUANG mendapatkan kemerdekaan untuk kita nikmati sehingga sekarang ini.Mereka perlu tahu apa itu ertinya kepayahan dan kesusahan mempertahankan keamanan Negara ini.Kita patut bersyukur dengan apa yang Negara kita kecapi sekarang,bukannya terpengaruh dengan anasir-anasir negatif, Jangan diulangi lagi kejadian “13 MEI”.

Ada segelintir daripada kita hanya inginkan kesenangan sahaja tanpa berusaha. Bermulanya dari situ lah mereka mula menyalahkan atau menuding jari kepada pihak tertentu.Malah ada yang ingin menjatuhkan sesama sendiri atau teman seperjuangan. Sepatutnya kita berganding bahu dalam membangunkan dan memepertahan keamanan Negara ini.

Bayangkan bila tak ada kerja ada segelintir daripada kita datang ke pusat-pusat perkhidmatan rakyat untuk meminta bantuan,ada yang company tak bayar gaji pun minta duit,ada yang ingin pergi ke klinik datang minta duit teksi,ada yang datang untuk minta tolong belikn pampers  dan susu anak sedangkan mereka ini semua masih lagi mampu mencari rezeki melainkan orang-orang yang betul susah. Bukan itu sahaja,anak orang senang,tapi datang ke pusat perkhidmatan rakyat semata-mata minta bantuan belikan kerusi roda, saya pelik la dengan orang yang macam ini duit ada tetapi nak belikan ibu bapa kerusi roda pun tak mampu, apa yang mereka minta kerajaan bantu.Tetapi apabila pihak berkuasa tak menunaikan apa yang diingini mula la menyalahkan pihak tertentu. Cuba kita renung dalam diri kita dahulu sebelum menyalahkan pihak lain. “Adakah kita berusaha?”
Bukan semua yang dirancang oleh pihak berkuasa berjalan dengan baik… masing-masing ada kelemahan tetapi apa yang dirancangkan adalah untuk Negara ini. Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.

Sepatutnya kita sebagai rakyat bersatu pada tidak kira bangsa, bukannya memporak perandakan keamanan yang Negara kita kecapi sekarang.Jangan mudah percaya dengan anasir-anasir negative,fikir dahulu sebelum bertindak.Apabila berlakunya kekecohan didalam negara atau ketidakstabilan,pihak-pihak luar akan mula memandang kelemahan negara kita ini.Jangan sampai satu hari nanti Negara kita ini dijajah semula, RENUNG-RENUNGKANLAH.

SALAM PERPADUAN


Monday, May 21, 2012

kepadaMU YA ALLAH

YA ALLAH kau tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai
kuatkan hati ku ini
berkatilah dan rahmati lah hidupku
sesungguhnya aku hambamu yg kerdil

YA ALLAH kau terangkanlah hatiku
damaikan la jiwaku
permudahkan perjalanan hidupku
agar aku dapat mengecapi kejayaan

YA ALLAH kuatkanlah hatiku ini
tabahkan diriku ini
temukan aku dengan orang yang mencintaiku di jalanmu
agar aku bahagia di jalanMU

YA ALLAH maafkan diriku ini
yang tak sempurna mentaati suruhanmu
kaulah yang maha segala
dan pelindung hidupku ini


TUHAN HADIAHKANLAH KASIHMU KEPADAKU
TUHAN HADIAHKANLAH RINDUKU KEPADAMU

Tuesday, April 3, 2012

it's happen again...

dah hampir pukul 2 pagi..knpa mata tak boleh nak tutup lagi..
kpala sakit ..memikirkan result exam,keadaan nenek yg sakit, dan perasaan yang sedang sakit skrang ini..

seriously.. sudah berkali-kali ku pikir..knpa msti bnda ini terjadi lagi pada diriku ini.. dlm idup aku ni..hanya satu saja yang tak pernah aku rasa bahagia atau pun yang boleh membuatkan aku tersenyum.. iaitu perasaan dan lelaki..
aku ni memang bodoh ke?? knpa semua yang kawan ngn aku ni..hanya mempergunakan aku atau hanya menjadikan aku tempat hilang bosan.. aku mmg seorang yg lurus n jujur..tpi jgn la mempermainkan dan memperbodohkan aku..aku pun ada perasaan.. ada yang menduakan aku, yang nak aku sbb nak pinjam duit sahaja..entahlahhh... aku jujur dlm perhubungn knpa yang aku dpt hanyala..permainan perasaan..
aku bukan playgurl.. orang yg rapat dgn aku shaja taw siapa aku.. klu sorang yg aku sayang..hanya sorang tu sje..even xdenye aku nk layan or msg lelaki lain..tpi..orang xpernah jujur dgn aku..
dah masuk 4 kali..bnda ni terjadi.. rasanya orang lelaki mmg tak boleh dipercayai!!!
seriously..hati ini mmg dah rasa kosong dah tak percaya lagi..cukuplah setakat ini.. mmg nasib aku mcm ini..knpa..aku asyik bertemu orang yg salah...:( cuma aku minta satu..klu xnak ckp xnak.. jgn buat aku mcm orang bodoh yg xtaw pe yg terjadi... tlg jgn diamkn diri.. semua yang wat aku cmni..msti pergi tanpa tingglkn pesan.. tahu tak mcm mne rasanya klu orang buat korang semua mcm itu?? sakitkan..xtaw apa salah kita..:(
aku jenis yg ok je..klu ckp xnak kwn..fine..aku xkn marah..tpi jgn wat mcm ini..sbb semua yg tingglkn aku wat mcm ini..kecuali seseorang..sekurang2nya dia menghormati aku..

Sunday, March 18, 2012

TAK SALAH KALAU....

 tak salah kalau mencuba...tak salah kalau cuba berusaha untuk sesuatu..

tak salah kalau saya suka tidur lambat kan..

tak salah kalau hati saya ni keras mcm batu..

tak salah kalau saya ni memang cepat sensetive

tak salah kalau saya ni memang kuat nangis..

tak salah kalau saya menyayangi insan-insan yang sentiasa ada untuk saya..

tak salah kalau saya menolong orang yang memerlukan pertolongan kan..

tak salah kalau saya suka menyanyi ..

tak salah kalau saya ni memang seorang yang penyayang dan berhati lembut..

tak salah kalau saya ni lurus bendul mcm kayu kan...

tak salah kalau saya kuat makan kan..

tak salah kalau saya suka tidur kan..

tak salah kan kalau saya tak suka tempat yang kotor dan berselerak..

tak salah kalau saya mempunyai ramai kawan kan..

tak salah kalau saya masih tidak dapat melupakan seseorang kan..

tak salah kalau saya ni memang suka buat kerja rumah sambil menyanyi kan..

tak salah kalau saya ni suka ambil berat kat kawan-kawan kan..

tak salah kalau saya membenci seseorang kan..


TAPI..salah bagi orang yang cuba mengambil kesempatan dekat atas saya..
i really hate this type of person..at least hargai apa yang saya buat..even kawan karib pun belum tentu akan menjadi kawan sejati kita..

Thursday, March 8, 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH DIA..:(

Sesungguhnya aku amat menyayanginya.YA ALLAH kau selamatkanlah dia..panjangkanlah umur nya..kuatkanlah semangatnya dlm mengharungi dugaan ini..dari aku lahir..dia la yang menjaga aku..aku sakit..dia la yg membantu ibuku untuk mendodoikanku..sehinggakan aku lagi rapat dgn dia drpd kedua ibu bapaku..sejak aku kecil..hanya kasih sayang seorang nenek sahaja aku pernah rasa...
apa yang aku minta mesti dia akan tunaikan...sehinggalah aku besar..aku merupakan cucu pertama dia..sebab itu dia sayang kat aku sgt2..:(

Semasa aku mejalani latihan praktikal di hospital Melaka..dia lah yang gembira sangat..dia ckp”cucu aku nak praktikal kat Melaka..jadi dekat dgn aku”:( Ya ALLAH sepanjang 4 bulan practical di sini..dia tak pernah mengabaikan aku..kalau aku lapar,dia mesti suruh makcik aku hantar makanan kat hostel aku..bila ujung minggu di kampong..dlm keadaan dia yang tak berapa nak kuat..dia la yang bangun buatkan sarapan..dia rajin buatkan kuih “kasui” untuk aku..masakkan sambal ikan parang garing2..untuk aku..:( dia tak bagi tahu kat ibu bapaku yg aku bangun lambat..kalau dia sehat..petang2 dia ajak aku makan mee goreng kat ngan Bandar Melaka..mse aku praktikal kat Melaka..tiap2 minggu dia bagi aku duit..dia tak mahu ibubapaku tahu..kalau tak ibu dan ayah mesti marah aku..tpi aku tak minta pun..dia yang bagi..kadang2 tu rm150 satu minggu..dia ckap tak pe la..cucu dia..tpi sejak tahun lepas dia disahkan menghidap colon cancer..itupun kami tahu dah tahap 4(end stage)..patutlah dia selalu sakit..:( doc cakap hayat dia xlama lgi dah..now cancer tu dah makan semua darah dia.:( Sekarang ni kalau aku lihat dia..air mata ni rasa nak mengalir je..aku tak sanggup nak tengok dia sengsara mcm itu..jalan pun dah tak mampu..hanya di kerusi roda..tapi dia masih lagi menyuruh ibuku dan aku masakkan makanan kegemaran dia..walaupun sebenarnya dia bukannye makan..hanya rse sesuap je..sabtu ni dia akan menjalankan satu lagi pembedahan yg amat besar..dan doc ckp peluang dia hanya 50/50 je..esok kami semua akan balik jumpe dia sebelum dia menjalankan pembedahan itu..YA ALLAH kau selamatkanlah nenek aku...kami amat menyayangi dia..:(amin 

Dia selalu berpesan kat aku jangan menyusahkan ibu dan ayah aku..dia kesian tengok ibu yang sekarang ni pun kerap sakit..selalu jatuh..rasanya besi dlm kaki ibu dah tak kuat..:(..sejak akhir –akhir ini..ibu selalu balik Melaka drive sorang2 pegi tengok dia..orang tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku..tapi kalau nak tido malam ibu mesti nangis menahan kesakitan dekat kaki dia..:( sebab itu nenek selalu ckp..nanti dah jadi staff nurse jaga ibu baik2..kalau nenek dah tak ade..sebab dia sayang dekat ibu..:(

YA ALLAH..sesungguhnya aku tak sekuat itu...:( kadang2 semangat aku hilang...!! dulu mse di tingkatan satu dugaan yang kau berikan pada keluarga kami mengajar kami agar sentiasa ingat kepadaMU..:(
selepas SPM..aku terpaksa menangguhkan pengajianku dekat setahun kerana ibu jatuh sakit..:(
YA ALLAH kau berikan lah kesihatan yang baik kepada ibuku...sebab keadaan dia sekarang ini kerap jatuh ..gara2 besi dlm kaki dia itu...dan kau panjangkanlah umur nenekku..sesungguhnya aku amat menyayangi mereka berdua..:(
biarkan hati aku hancur kerana orang lain tapi bukan kerana kehilangan mereka..:(


-MAK DAN IBU..ALONG SAYANG SANGAT2..MAAFKAN ALONG KALAU SELALU MENYUSAHKAN MAK DAN IBU..MAK MEMANG SEORANG NENEK YANG BAIK..TERIMA KASIH SEBAB SELALU JAGA ALONG..SELALU TLG ALONG...IBU..:( ALONG SAYANG IBU SANGAT2...HANYA IBU SAHAJA YANG BOLEH MENGURUSKABN KAMI DENGAN BAIK,IBU SEORANG SAJA YANG TAHU DR A-Z TENTANG APA YG KAMI NAK..IBU KENA LAH KUAT...NANTI AYAH TAK KUAT NAK MENGHARUNGI INI SEMUA...ALONG TAK SANGGUP TENGOK AYAH PENAT DAN MENANGIS...:(..TERIMA KASIH SEBAB SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ALONG..ALONG TAK PERLUKAN SIAPA2 SELAIN IBU DAN AYAH SERTA ADIK2...MEMANG ALONG KUAT MENANGIS..SEBAB HANYA ITU SAHAJA YG BOLEH BUAT ALONG RASA LEGA..TAPI ALONG TAK SANGGUP NAK MENGHADAPI KEHILANGAN IBU AYAH DAN MAK...HARI NI..HATI ALONG BETUL2 TAKOT..ALONG TAK TAHU NAK CAKAP KAT SAPE..:(
ALONG TAK SEKUAT YANG IBU GAMBARKAN...ALONG NAK IBU DAN AYAH SEHAT..:( DAN ALONG NAK PEMBEDAHAN MAK PADA HARI SABTU INI INSYAALLAH BOLEH SELAMATKAN DIA..AMIN..ALONG HARAP MAK KUAT DLM MENGHARUNGI DUGAAN INI...MAAFKAN ALONG KALAU TAK DAPAT TUNAIKAN PERMINTAAN MAK...:(


Monday, March 5, 2012

UJIAN ADALAH TANDA SAYANG ALLAH SWT

Allah tidak zalim kepada hamba-hambaNYA. Ujian yang diturunkan adalah semata-mata untuk meninggikan darjat seseorang dan ALLAH SWT ingin memberikan pahala yang banyak kepada hamba-hambaNYA yang bersabar atas ujian yg menimpa mereka.
Nabi SAW bersabda dlm hadisnya yang bermaksud :

"Ketahuilah, besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yg menimpa. Dan sesungguhnya ALLAH itu. apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberikan dugaan. Oleh sebab itu barang siapa yang redha dgn ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan ALLAH, dan barang siapa yang tidak maka padanya kemurkaan ALLAH (Riwayatal-Tirmidzi)

Sunday, February 19, 2012

TAK PERLU..KALAU TAK IKHLAS..

TAK PERLU MENCARI KALAU SEBENARNYA MEMANG MALAS MENCARI..
TAK PERLU BERPURA-PURA KALAU SEBENARNYA MEMANG HIPOKRIT
TAK PERLU BERGEMBIRA KALAU SEBENARNYA TENGAH BERSEDIH
TAK PERLU BERKAWAN KALAU SEBENARNYA HANYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN
TAK PERLU MENOLONG KALAU SEBENARNYA MEMANG TAK IKHLAS..

Friday, February 10, 2012

GEMBIRA DALAM BOSAN :)

SALAM SATU MALAYSIA KAWAN-KAWAN..^_^

Sudah 2 minggu berada dekat SEGAMAT ni..nak taw apa yg saya rasa???
GEMBIRA DALAM BOSAN..hek3..:P
kenapa saya gembira???
bila pergi hospital..itu yang best...:)
macam2 dah saya buat dlm masa 2 minggu ini..walaupun hospital dekat sini tak sesibuk hospital melaka n kecil..tpi..sebenarnya dlm ward tetap sibuk juga..mcm2 kerja yg kami kena siapkan..as usual:

-pagi2 past report
-buat bed making..n observation
-serve ubat,bagi injection,check glucose meter,bagi nebulizer,feeding patient,
-ikut doctor round(dah senior satu tapak menjadi staff nurse je)hik3..ni yg plg penting dlm management posting..n kami suka ikut doc round.. lagi2 doctor pakar kat ward medical..hik3..
-bila team physio masuk..semua trus dpt sumber inspirasi..haha
-procedure2 yg kecik2 boleh suruh junior2 buat..:P
-tengok doctor plan: time ni..pe yg doc plan msti siapkan..plg best ambil darah..^_^
-bis ikut doc round..dressing semua kena buat..
-tgh hari..lepas rehat..serve ubat,bagi IV,injection,glucose meter..
-paling penting sekali..nursing report kena siapkan..ini la rutin harian kami..ini kalau dekat ward medical..
-ward surgical...ok la juga..dressing plg banyak..lagi2 pkcik yg ade cubuncle..dekat cni..GCS banyak..
-paling best masuk ward pediatric(kanak-kanak)..aiyakk..masuk jer ward ni..msti tersenyum sajaa..
staff nurse kat sini semuanya baik2 n lemah lembut..biasalah jaga baby n kanak2..jarum,mesin yg digunakan semuanye kecil.n cumel jer..baby dekat sini cumel2..^_^..
-dekat ward ni..kita mmg kena paling banyak bersabar,bisalah budak2..menangis..kadang2 kita belum buat apa2 lagi pun..bru nak dtg kat katil dia..dah mula menangis..takot sgt kt baju2 putih ni..takut kena cucuk..hik3..(tpi saya xbuat diaowng nangis..tiba2 je nangis..sy xtw pe2)hik3..

APA yg BOSAN??
-2 minggu kerja pagi..hari2 pukul 4.45 dh bangun..ishhh..sakit kepala..nasib baik minggu depan kerja petang..n the following week kerja malam..ni yg lgi tak tahan..orang tidur kami bekerja menjaga pesakit..xpela..dh tanggungjawab..trima je la..:P
-dekat sini..semuanya susah nak dapat..tempat tinggal kami jauh dri kedai..nak bli makan pun payah..
-balik rumah..basuh baju,mandi,solat,tido,bagun on9,tido,bangun pi kerja..bosan2..xtaw nak wat pe dah..
-nak pergi jalan2..xde transport..:(


APA yang kami buat..baca novel,baca medical surgical n get ready tuk ambil cross dr CI...dengar lagu,main hp..ermm..tpi hp kami mmg jarang la nak berbunyi..time kerja mmg xley nak guna hp..balik rumah..dh penat..tido n rehat..lgipun xde orang nak msg n call..tpi yg pasti ibu n ayah boleh dikatakan hari2 call..haha

PE yang penting  hujung minggu ni..kitaowng nak pi jalan2..^_^..JOM GUNUNG LEDANG..n MOVIE TIME..

Sunday, February 5, 2012

PERBEZAAN ANTARA CINTA WANITA DAN LELAKI

-Ketika ada wanita yg membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia pernah mencintainya setengah mati.

-Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya.

-Disebalik kejayaan wanita. dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.

-Cinta yang dianggap babak pertama bagi lelaki, ternyatamerupakan persoalan hidup bagi wanita.

-Ketika lelaki mengatakan 'perempuan itu tidak memepunyai hati', bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya.

-Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir.

-Dalam kehidupan seorang wanita ,ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.

-Dalam bercinta , seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.

-Dalam cinta lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.

-Dalam bercinta lelaki sanggup berkorban apa sahaja kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus-menerus.

-Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oelh orang yang dicintainya.

-Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.

-Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.

-Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya, begitu juga dengan lelaki.

-kuatkan hati hambamu ini.-

TRO TIBI...

-Ya allah...sesungguhnya aku memohon kepadamu...lindungi la diri ku dan keluargaku..
dugaan demi dugaan kau berikan...sesungguhnya aku hambamu yg lemah..
semoga 3 bulan ini tidak mengganggu pelajaran sem akhir ku ini...semoga keputusannya negatif...aku tidak mahu defer sem..3 bulan sahaja aku akan grad...YA ALLAH rahmatilah hidupku ini..:(

MIE..!!kat mne ko..??kalau ko ade dekat sni..msti kau orng yg akan memberikan aku semangat...kau tak ade..idup aku sunyi ..aku tak taw nak citer kt spe..aku tak percaya..aku takut orang nak ambil kesempatan kat aku lagi..mie..knpa idup aku slalu mcm ini..:(..aku cuba gembirakan hati orng yg ade dekat sekeliling aku..tapi..knpa hati aku yg xgembira...??
mie..aku xkuat nak trima benda ini lagi...aku taw ko jauh dekat sne..:( mie maafkan aku..kalau aku yg berubah...

Thursday, January 26, 2012

ITULAH CINTA

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!

Wednesday, January 25, 2012

INSAN PILIHANMU

Ramai orang disekelilingku suda mula mengecapi kebahagiaan..kenapa aku masih bersendiri lagi tanpa insan yang dicintai disisi?

-bukan  hati ini tak cari..tetapi hati ini takut pada kaum adam yang hanya ingin mengambil kesempatan sahaja..

-hati ini ingin mencari insan yang benar-benar mencintaiku kerana ALLAH S.WT..dan yang benar-benar ikhlas  menerima diri ini seadanya..

-hati ini takut jatuh cinta kepada orang yang salah lagi..krana hati ini mudah memepercayai orng lain..itu kelemahan hati ini...yang menyebabkan kaum adam selalu mengambil kesempatan di atas kelemahan ini..

-hati ini ingin mencari insan yang benar-benar mengenali diri ini dan boleh dipercayai..yang boleh membimbingku ke jalanMU

-bila hati mula suka dan syg serta iklas kepada seseorang..akhirnya hati ini juga yang dikecewakan..so mmg sudah hilang kepercayaan kpada kaum adam..

-bukan memilih..tetapi biarlah hati ini tertaut pada hati yang sama-sama bertaut padamu YA ALLAH..krana tuhan akan temukan kita dgn orang yang salah dulu sebelum kita bertemu dgn pilihan yang baik..agar kita dapat menilai yang mana satu kaca atau permata..

- hati ini..bila mula menyayangi seseorang..dia akan terus meyayangi insan itu..krana hati ini iklas menyayangi insan itu..biarlah hati ini menyayangi insan yang benar menyayangi hati ini..


Kenapa la bila nak habis belajar ni..ramai pula yang mula sibuk pasal hal jodoh ini..atoiii...ni yang buat aku malas nak balik kampung..ramai sgt yg berbaik hati nak tolong carikan aku jodoh.. ..ohh tidakk!!...trima kasih atas pertolongn itu semua..memang sunyi tanpa teman..tetapi aku masih lagi mempunyai kawan -kawan dan family ..tetapi biarla aku sendri yang mencari jodoh itu...maybe jodoh aku tak sampai lagi..atau mmg dah sampai cuma tak tahu siapakah insan pilihanMU?? adakah hati ini sempat mengecapi bahagia itu..

Jodoh adalah perkara yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.WT. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? ALLAH S.W.T mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti emmiliki emosi,spritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan,dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

Friday, January 20, 2012

sesungguhnya aku sangat takut YA ALLAH..:(


Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan aku tidak menentu..mula-mula..kerap sakit kepala,selepas tu selesema dan batuk-batuk...Pada mulanya batuk tu mcm biasa sahaja..lama kelamaan makin teruk..tidur malam pun batuk-batuk..sehingga menyebabkan aku sukar untuk bernafas.Dalam sebulan juga,aku kerap pergi klinik,demam pulak..on/off..kejap ok..kejap tak ok..Sampaila satu tahap..keadaan makin teruk,aku pelik sgt..ubat dah makan..antibiotik pun dah habis tetapi kenapa demam n batuk tak baik..:(
Minggu tu aku dapat cuti 3 hari,ayah bawa aku balik rumah..berehat dekat rumah..malam rabu tu ayah hantar aku pulang ke hostel.Malam tu demam aku suhunya sangat tinggi,tapi aku gagahkan diri juga untuk pergi ke kelas.Esok harinya aku pergi ke kelas macam biasa malangnya sebelum kelas bermula tiba-tiba joint kat badan aku ni macam sakit sgt..mmg joint pain gila laa..terus kawan2 papah aku bawa masuk lab.Tak sampai 10 minit semua lecturer dtg tgk..n head of faculty ckp..aku mcm kena demam virus sahaja.Selepas itu,clinical instructor terus bawa kau pergi ke klinik..dan apabila di klinik doctor terus suruh hantar pergi ke PPUM..dalam perjalanan ke sana hanya ALLAH swt sahaja tahu betapa sakitnya aku.
Setibanya di PPUM..aku terus dimasukkan ke EMERGENCY DEPARTMENT..aku macam xsedar shaja..aku dibawa ke bilik x-ray..selepas itu,dibawa masuk ke emergency balik..rasanya..lebih 5 kali doctor dtg ambil darah..aku xsedar..bgun2..dah petang..kepala sakit sgt..dlm pukul 6 pm.seorang doc perempuan datang ke katil aku dan memberitahu aku tentang keadaan aku..masa itu..rasa mcm nak pengsan sahaja bila mendapat tahu yg aku disyaki dijangkiti =virus H1N1..aku tengok..ibu terus menangis..ayah pun sama..masa itu,aku xtw mcm ne gambarannya perasaan aku...bercampur aduk..YA ALLAH..time tu mmg takut gila...selepas di hantar ke ward..mlm itu,keadaan aku mmg kritikal juga dengan menggunakan bantuan mesin pernafasan..aku memang tak boleh tidur..antibiotik yang dimasukkan pun resistance untuk body aku.HARI demi hari..setiap hari ade orang yang meninggalkan dunia ini..3 malam berturut-turut..membuatkan hati aku sangat2 takut..Yaallah sesungguhnya aku belum bersedia lagi..dgn dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini..Selepas seminggu..dengan kuasanya juga..keadaan aku mula menanpakkan perubahan yg positif..alhamdullilah..hari demi hari berlalu..ibu dan ayah tak jemu menjaga aku..setiap hari aku akan mendapat paggilan telefon drpd adik2 dan sedara mara yang tak jemu memberikan kata2 semangat..mmg aku berasa bersyukur sangat krana mendapat sokongan padu drapd keluarga..terima kasih sgt2..along amat menyayangi kowang semua..paling yang aku xkan lupa dan terharu apabila adik lelaki aku telefon dlm keadaan menangis..sebelum ini aku tak pernah nampak dia menangis.tpi pada hari itu dia menangis krana sayangkan aku..baru aku taw yg dia mmg sayangkn kakak2 nya..:( selama sebulan lebih aku di rawat..akhirnya doctor mengesahkan aku bebas drpd virus itu..alhamdullilah..baru aku tw..pe yg terjadi ade hikmahnya..semua takdir ada di tangan dia..maybe itu merupakan salah satu petunjuk supaya aku lebih mendekatkn diri kepadanYA..trima kasih YA ALLAH KRN MEMBERI AKU PELUANG SEKALI LAGI...sesungguhnya hambamu ini sgt takt dgn azabmu...

memang antibody aku sgt lemah..Ya allah..sudah 3 minggu aku batuk kering..lindungila hambamu ini.berikanlah aku kesihatan yg baik..dlm masa 2 bulan ini..rahmati la idupku..ni merupakan exam terakhir dlm pengajianku..smg kesihatan aku bertambah baik apabila di segamat nanti..hanya kepadamu sahaja aku meminta segala pertolongan YA ALLAH..:(

Wednesday, January 18, 2012

SENYUMLAH WAHAI HATI




Hati selalu berkata-kata...
hati selalu berbisik-bisik...
hati selalu merayu-rayu...
hatilah yang menyimpan 1001 perasaan..

Ke manakah arah tuju hati ini..
setiap saat,setiap waktu,setiap detik..tertanya-tanya..??
mana perginya sang pencinta..mana perginya sang pujangga..
Setiap hari hati ini tercari-cari....

Hati ini sepi..hati ini layu tanpa senyuman
mana perginya senyuman yang telah lama hilang..
carilah senyuman itu kembali..
agar hidup ini disinari cahaya ketenangan dan kebahagiaan..

Hati sering bertanya..siapakah yang bakal mengubati luka lama ini..
hari demi hari..ku tunggu dia tanpa jemu..
mengharapkan seribu satu harapan..
siapakah empunya diri itu??

Hati ini sering menangis..
mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan..
hati ini bagaikan hilang pedoman..
Ya ALLAH terangilah hati ini dengan cahaya hidayahmu..

Hati ini sudah tidak percaya pada cinta..
setiap detik sering memujuk hati yang luka ini..
hati ini bencikan pada hati-hati yang tidak ikhlas..
cinta hati pada illahi,keluarga dan diri sendiri lebih bermakna..

SENYUMLAH WAHAI HATI....
percaya pada hati ini..
bukakan pintu hati untuk bahagia yang bakal dikecapi nanti..
tinggalkan sahaja kenangan yang menggamit perasaan..
mulakan langkah baru dalam hidup..
setiap manusia berhak mendapat kebahagiaan..
sayangi insan yang sentiasa menghargai diri ini..
insyaallah..hati ini juga akan sentiasa tersenyum..








Monday, January 9, 2012

Aku Wanita Apa Adanya

Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..


Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..


Cinta yang berlandaskan Keredhaan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..


Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..


biar hati ini dilukai dgn pedihnya..sesungguhnya kepedihan itu sungguh menyakitkan:( kalau ini yg ditakdirkan sebelum bertemu dgn insan pilihanMU..aku redha...