Thursday, January 26, 2012

ITULAH CINTA

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!

Wednesday, January 25, 2012

INSAN PILIHANMU

Ramai orang disekelilingku suda mula mengecapi kebahagiaan..kenapa aku masih bersendiri lagi tanpa insan yang dicintai disisi?

-bukan  hati ini tak cari..tetapi hati ini takut pada kaum adam yang hanya ingin mengambil kesempatan sahaja..

-hati ini ingin mencari insan yang benar-benar mencintaiku kerana ALLAH S.WT..dan yang benar-benar ikhlas  menerima diri ini seadanya..

-hati ini takut jatuh cinta kepada orang yang salah lagi..krana hati ini mudah memepercayai orng lain..itu kelemahan hati ini...yang menyebabkan kaum adam selalu mengambil kesempatan di atas kelemahan ini..

-hati ini ingin mencari insan yang benar-benar mengenali diri ini dan boleh dipercayai..yang boleh membimbingku ke jalanMU

-bila hati mula suka dan syg serta iklas kepada seseorang..akhirnya hati ini juga yang dikecewakan..so mmg sudah hilang kepercayaan kpada kaum adam..

-bukan memilih..tetapi biarlah hati ini tertaut pada hati yang sama-sama bertaut padamu YA ALLAH..krana tuhan akan temukan kita dgn orang yang salah dulu sebelum kita bertemu dgn pilihan yang baik..agar kita dapat menilai yang mana satu kaca atau permata..

- hati ini..bila mula menyayangi seseorang..dia akan terus meyayangi insan itu..krana hati ini iklas menyayangi insan itu..biarlah hati ini menyayangi insan yang benar menyayangi hati ini..


Kenapa la bila nak habis belajar ni..ramai pula yang mula sibuk pasal hal jodoh ini..atoiii...ni yang buat aku malas nak balik kampung..ramai sgt yg berbaik hati nak tolong carikan aku jodoh.. ..ohh tidakk!!...trima kasih atas pertolongn itu semua..memang sunyi tanpa teman..tetapi aku masih lagi mempunyai kawan -kawan dan family ..tetapi biarla aku sendri yang mencari jodoh itu...maybe jodoh aku tak sampai lagi..atau mmg dah sampai cuma tak tahu siapakah insan pilihanMU?? adakah hati ini sempat mengecapi bahagia itu..

Jodoh adalah perkara yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.WT. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? ALLAH S.W.T mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti emmiliki emosi,spritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan,dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

Friday, January 20, 2012

sesungguhnya aku sangat takut YA ALLAH..:(


Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan aku tidak menentu..mula-mula..kerap sakit kepala,selepas tu selesema dan batuk-batuk...Pada mulanya batuk tu mcm biasa sahaja..lama kelamaan makin teruk..tidur malam pun batuk-batuk..sehingga menyebabkan aku sukar untuk bernafas.Dalam sebulan juga,aku kerap pergi klinik,demam pulak..on/off..kejap ok..kejap tak ok..Sampaila satu tahap..keadaan makin teruk,aku pelik sgt..ubat dah makan..antibiotik pun dah habis tetapi kenapa demam n batuk tak baik..:(
Minggu tu aku dapat cuti 3 hari,ayah bawa aku balik rumah..berehat dekat rumah..malam rabu tu ayah hantar aku pulang ke hostel.Malam tu demam aku suhunya sangat tinggi,tapi aku gagahkan diri juga untuk pergi ke kelas.Esok harinya aku pergi ke kelas macam biasa malangnya sebelum kelas bermula tiba-tiba joint kat badan aku ni macam sakit sgt..mmg joint pain gila laa..terus kawan2 papah aku bawa masuk lab.Tak sampai 10 minit semua lecturer dtg tgk..n head of faculty ckp..aku mcm kena demam virus sahaja.Selepas itu,clinical instructor terus bawa kau pergi ke klinik..dan apabila di klinik doctor terus suruh hantar pergi ke PPUM..dalam perjalanan ke sana hanya ALLAH swt sahaja tahu betapa sakitnya aku.
Setibanya di PPUM..aku terus dimasukkan ke EMERGENCY DEPARTMENT..aku macam xsedar shaja..aku dibawa ke bilik x-ray..selepas itu,dibawa masuk ke emergency balik..rasanya..lebih 5 kali doctor dtg ambil darah..aku xsedar..bgun2..dah petang..kepala sakit sgt..dlm pukul 6 pm.seorang doc perempuan datang ke katil aku dan memberitahu aku tentang keadaan aku..masa itu..rasa mcm nak pengsan sahaja bila mendapat tahu yg aku disyaki dijangkiti =virus H1N1..aku tengok..ibu terus menangis..ayah pun sama..masa itu,aku xtw mcm ne gambarannya perasaan aku...bercampur aduk..YA ALLAH..time tu mmg takut gila...selepas di hantar ke ward..mlm itu,keadaan aku mmg kritikal juga dengan menggunakan bantuan mesin pernafasan..aku memang tak boleh tidur..antibiotik yang dimasukkan pun resistance untuk body aku.HARI demi hari..setiap hari ade orang yang meninggalkan dunia ini..3 malam berturut-turut..membuatkan hati aku sangat2 takut..Yaallah sesungguhnya aku belum bersedia lagi..dgn dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini..Selepas seminggu..dengan kuasanya juga..keadaan aku mula menanpakkan perubahan yg positif..alhamdullilah..hari demi hari berlalu..ibu dan ayah tak jemu menjaga aku..setiap hari aku akan mendapat paggilan telefon drpd adik2 dan sedara mara yang tak jemu memberikan kata2 semangat..mmg aku berasa bersyukur sangat krana mendapat sokongan padu drapd keluarga..terima kasih sgt2..along amat menyayangi kowang semua..paling yang aku xkan lupa dan terharu apabila adik lelaki aku telefon dlm keadaan menangis..sebelum ini aku tak pernah nampak dia menangis.tpi pada hari itu dia menangis krana sayangkan aku..baru aku taw yg dia mmg sayangkn kakak2 nya..:( selama sebulan lebih aku di rawat..akhirnya doctor mengesahkan aku bebas drpd virus itu..alhamdullilah..baru aku tw..pe yg terjadi ade hikmahnya..semua takdir ada di tangan dia..maybe itu merupakan salah satu petunjuk supaya aku lebih mendekatkn diri kepadanYA..trima kasih YA ALLAH KRN MEMBERI AKU PELUANG SEKALI LAGI...sesungguhnya hambamu ini sgt takt dgn azabmu...

memang antibody aku sgt lemah..Ya allah..sudah 3 minggu aku batuk kering..lindungila hambamu ini.berikanlah aku kesihatan yg baik..dlm masa 2 bulan ini..rahmati la idupku..ni merupakan exam terakhir dlm pengajianku..smg kesihatan aku bertambah baik apabila di segamat nanti..hanya kepadamu sahaja aku meminta segala pertolongan YA ALLAH..:(

Wednesday, January 18, 2012

SENYUMLAH WAHAI HATI




Hati selalu berkata-kata...
hati selalu berbisik-bisik...
hati selalu merayu-rayu...
hatilah yang menyimpan 1001 perasaan..

Ke manakah arah tuju hati ini..
setiap saat,setiap waktu,setiap detik..tertanya-tanya..??
mana perginya sang pencinta..mana perginya sang pujangga..
Setiap hari hati ini tercari-cari....

Hati ini sepi..hati ini layu tanpa senyuman
mana perginya senyuman yang telah lama hilang..
carilah senyuman itu kembali..
agar hidup ini disinari cahaya ketenangan dan kebahagiaan..

Hati sering bertanya..siapakah yang bakal mengubati luka lama ini..
hari demi hari..ku tunggu dia tanpa jemu..
mengharapkan seribu satu harapan..
siapakah empunya diri itu??

Hati ini sering menangis..
mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan..
hati ini bagaikan hilang pedoman..
Ya ALLAH terangilah hati ini dengan cahaya hidayahmu..

Hati ini sudah tidak percaya pada cinta..
setiap detik sering memujuk hati yang luka ini..
hati ini bencikan pada hati-hati yang tidak ikhlas..
cinta hati pada illahi,keluarga dan diri sendiri lebih bermakna..

SENYUMLAH WAHAI HATI....
percaya pada hati ini..
bukakan pintu hati untuk bahagia yang bakal dikecapi nanti..
tinggalkan sahaja kenangan yang menggamit perasaan..
mulakan langkah baru dalam hidup..
setiap manusia berhak mendapat kebahagiaan..
sayangi insan yang sentiasa menghargai diri ini..
insyaallah..hati ini juga akan sentiasa tersenyum..








Monday, January 9, 2012

Aku Wanita Apa Adanya

Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..


Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..


Cinta yang berlandaskan Keredhaan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..


Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..


biar hati ini dilukai dgn pedihnya..sesungguhnya kepedihan itu sungguh menyakitkan:( kalau ini yg ditakdirkan sebelum bertemu dgn insan pilihanMU..aku redha...